Masjid Al-Jawahir

Program Ramadan 2023

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ – ١٨٣
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Baqarah:183)
Pengerusi Dan Ahli Jawatankuasa Serta Barisan Pegawai Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Skudai mengucapkan Ahlan Wasahlan Ramadhan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan Al Mubarak 1444 Hijirah Kepada Semua Muslimin Dan Muslimat.
Semoga kita sama-sama dapat melazimi diri melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini dimana ganjaran pahalanya berkali ganda dari bulan yang lain.

Untuk Sumbangan Sempena Bulan Ramadan

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Sempena Jumaat Barakah, ayuh sama sama kita mengambil peluang menginfaqkan sebahagian harta atau pendapatan kita ke Masjid Al Jawahir Mutiara Rini :

Scan QR Code disini

Iftar Berbuka Puasa (Setiap Hari)

 

Masjid Al-Jawahir menjemput muslimin dan muslimat bersama-sama untuk berbuka puasa bagi mengimarahkan Masjid. Terima kasih kepada penyumbang bagi menjayakan program ini. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi pihak masjid atau scan QR Code pada gambar di sebelah.

Jamuan Moreh

 

Masjid Al-Jawahir menjemput muslimin dan muslimat bersama-sama untuk solat Sunat Terawih berjamaah dan selepas itu bersama sama moreh di masjid bagi mengimarahkan Masjid. Terima kasih kepada penyumbang bagi menjayakan program ini. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi pihak masjid atau scan QR Code pada gambar di sebelah.

Program Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan.

Pihak Masjid mempelawa para muslimin dan muslimat untuk memeriahkan lagi program masjid untuk bersama-sama tadarus Al-Quran . Di Bulan suci yang mulia ini, berlipat kali ganda pahala jika masa-masa lapang diisi dengan tadarus Al-Quran.

Kaunter Zakat Fitrah

Majlis Tahlil Sebelum Berbuka Puasa

Pihak Masjid mengalu-alukan penyertaan dalam Majlis Tahlil bersempena bulan Puasa yang Mulia ini. Segala Sumbangan ikhlas kami ucapkan ribuan terima kasih. Hubungi pihak masjid jika ada ingin menyertai program ini.

Kempen Subuh Berjamaah

Pihak Masjid mengalu-alukan penyertaan dalam para jamaah hadir ke masjid bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan bersempena bulan Puasa yang Mulia ini. Segala Sumbangan ikhlas kami ucapkan ribuan terima kasih.