Sejarah Penubuhan
Masjid Al-Jawahir mula dibina pada tahun 2004 di atas keluasan tanah seluas 1.6 hektar, dan siap pembinaannya pada Disember 2006 dengan kos berjumlah RM 3.5 juta (RM 2.5 juta oleh Kerajaan Pusat, RM 1 juta oleh Mutiara Rini Sdn Bhd).
Keluasan ruang solat yang boleh menampung lebih dari 3,000 jema’ah dalam satu-satu masa, memberi keselesaan kepada para jema’ah menunaikan solat. Selain daripada itu, Masjid ini juga dikelengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Pejabat Masjid, Bilik Imam, Bilik Bilal, Perpustakaan, Dewan Seminar, Bilik Penginapan, Bilik Pengurusan Jenazah Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah, Balai Islam, Dataran Berbumbung, Rumah Pegawai, Pusat Penyembelihan dan lain-lain lagi. Kedudukan Masjid Al-Jawahir di kawasan Nusajaya yang terletak di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, menjadi pelengkap kemudahan masyarakat. Masjid Al-Jawahir telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Muhammad Najib Bin Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada tanggal 19 Ramadhan 1428 bersamaan 1 Oktober 2007. Al Jawahir yang bererti permata-permata bertepatan dengan slogan masjid “Pusat Kecemerlangan Komuniti Islam Wadah Penyatuan Ummah”
Visi
Menjadikan Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Pusat Kecemerlangan Bagi Kehidupan Umat Islam dan Syiar Islam Dalam Melahirkan Umat Bertaqwa.
Misi
Menguruskan Masjid Dengan Cekap Dan Berkualiti Untuk Mencipta Hasanah Di Dunia Dan Hasanah Di Akhirat Melalui Aktiviti Pengimarahan Masjid Berlandaskan Al Quran Dan As Sunnah.
Objektif
Menjadikan Masjid Masjid Sebagai Pusat Seluruh Kegiatan Hidup Masyarakat Islam Hingga Setiap Individu Merasai Masjid Adalah Satu Keperluan.