Masjid Al-Jawahir

masjid al-jawahir

sejarah,visi & misi

 

sejarah

Masjid Al-Jawahir mula dibina pada tahun 2004 di atas keluasan tanah seluas 1.6 hektar, dan siap pembinaannya pada Disember 2006 dengan kos berjumlah RM 3.5 juta (RM 2.5 juta oleh Kerajaan Pusat, RM 1 juta oleh Mutiara Rini Sdn Bhd).

Keluasan ruang solat yang boleh menampung lebih dari 3,000 jema’ah dalam satu-satu masa, memberi keselesaan kepada para jema’ah menunaikan solat. Selain daripada itu, Masjid  ini juga dikelengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Pejabat Masjid, Bilik Imam, Bilik Bilal, Perpustakaan, Dewan Seminar, Bilik Penginapan, Bilik Pengurusan Jenazah Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah, Balai Islam, Dataran Berbumbung, Rumah Pegawai, Pusat Penyembelihan dan lain-lain lagi. Kedudukan Masjid Al-Jawahir di kawasan Nusajaya yang terletak di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, menjadi pelengkap kemudahan masyarakat. Masjid Al-Jawahir telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Muhammad Najib Bin Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada tanggal 19 Ramadhan 1428 bersamaan 1 Oktober 2007. Al Jawahir yang bererti permata-permata bertepatan dengan slogan masjid “Pusat Kecemerlangan Komuniti Islam Wadah Penyatuan Ummah”

masjid al-jawahir

visi masjid

Menjadikan Masjid Al Jawahir Mutiara Rini Pusat Kecemerlangan Bagi Kehidupan Umat Islam dan Syiar Islam Dalam Melahirkan Umat Bertaqwa.

masjid al-jawahir

misi masjid

Menguruskan Masjid Dengan Cekap Dan Berkualiti Untuk Mencipta Hasanah Di Dunia Dan Hasanah Di Akhirat Melalui Aktiviti Pengimarahan Masjid Berlandaskan Al Quran Dan As Sunnah.