pusat kecemerlangan komuniti islam
masjid AL-JAWAHIR
e-wakaf
E-Wakaf ialah satu platform untuk memberi peluang kepada jamaah masjid untuk membuat amal kebaikan melalui derma ke tabung akaun masjid.
Media Sosial
Sesuai dengan peredaran zaman moden, Masjid Al-Jawahir juga tidak ketinggalan untuk aktif di media sosial iaitu facebook dan Live Streaming Ceramah atau program di masjid.
e-fasiliti
E-Fasiliti ialah platform kegunaan untuk masyarakat setempat ingin menggunakan kemudahan fasiliti masjid seperti Dewan Badminton, Kenduri Kahwin dan lain-lain.
pengurusan jenazah
Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan pengurusan jenazah kepada para ahli qariah masjid dan mereka yang membuat permohonan.
pengurusan perkahwinan
Bagi khariah Masjid Al-Jawahir, pihak masjid akan membantu dalam proses akad nikah untuk pasangan pengantin mengikut undang-undang syariah Malaysia dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
ibadah
Pihak Masjid mengalu-alukan sekiranya jamaah yang berhajat mengadakan Majlis tahlil/yasin dan urusan Tahniq anak serta urusan Qurban dan Aqiqah. Hubungi pihak Masjid untuk keterangan lanjut.
PROGRAM BICARA ORANG MUDA JOHOR
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 67, MASJID AL JAWAHIR MUTIARA RINI SKUDAI MEMBAWAKAN PROGRAM FORUM PERDANA KHAS
BICARA ORANG MUDA JOHOR
“WAHAI ANAK MUDA, MERDEKAKAH KITA?”
Pada 31HB Ogos 2024 (Sabtu) Bermula Selepas Solat Fardhu Maghrib
Menampilkan Moderator Dan Ahli Panel Jemputan :
Da’i Azam Al Kankari
(Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor/ Personaliti TV3 & TV9)
Ustaz Dr Norizam Bin Lagiman
(Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor)
Ustaz Dr Mohd Firdaus Bin Abd Hamid
(Amin Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Johor Bahru)
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
(Surah At-Taubah: 18)
Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir
selamat datang ke laman web rasmi masjid al-jawahir, mutiara rini
Kata-kata aluan Pengerusi
Segala puji-pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi Masjid. Saya harap kita sama-sama mengimarahkan lagi masjid dengan menghadirkan diri untuk solat berjamaah dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak ajk masjid dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Hj. Muhammad Ridwanto Bin Syaiful Anwar
Program-program Masjid
aktiviti
Kenang Kenangan MaJ
aktiviti
SEPAKAT BERSAMA MEMBERI UKIRAN SENYUMAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
aktiviti
AZAM TAHUN BARU DIMULAKAN DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID
aktiviti
ZIARAH MAHABBAH SMK TAMAN MUTIARA RINI
Perjumpaan diantara Guru SMK Mutiara Rini diketuai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bersama 2 Guru Panitia Pendidikan Islam manakala bagi pihak masjid diwakili oleh Hj Zulkarnain Bin Hj Ya’cob (Pengerusi MaJ) bersama jawatankuasa dan pegawai masjid.
aktiviti
UNIVERSITI DAN INSTITUSI MASJID BEKERJASAMA MERAIKAN KELUARGA ASNAF
aktiviti
Sedutan Berita Daripada Berita Wilayah RTM
aktiviti
TERUS MEMARTABATKAN INSTITUSI MASJID AL JAWAHIR MUTIARA RINI SKUDAI
aktiviti
penggambaran tv alhijrah
Pengambaran ini bertujuan bagi rancangan baharu TV Al Hijirah yang diberi nama “Mehrab Mimbar” yang akan yang akan ditayangkan di kaca tv pada hujung bulan ini.
aktiviti
JOM KITA AZAM TAHUN BARU HADIR SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID
Program kerjasama
ingin bekerjasama bersama kami?
Membantu golongan asnaf penduduk setempat.
Mengadakan program di Masjid.
Mengadakan Program CSR bersama dengan pihak Masjid.
Hubungi kami
renungan bersama
KATA HIKMAH
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam
Imam Al Ghazali
kata hikmah
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Imam Al Ghazali
kata hikmah
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Imam Al Ghazali