pusat kecemerlangan komuniti islam
masjid AL-JAWAHIR
e-wakaf
E-Wakaf ialah satu platform untuk memberi peluang kepada jamaah masjid untuk membuat amal kebaikan melalui derma ke tabung akaun masjid.

e-jamaah
E-Jamaah ialah platform yang digunakan untuk penduduk yang tinggal berdekatan dengan Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini bagi mendaftar sebagai ahli khariah melalui atas talian.

e-fasiliti
E-Fasiliti ialah platform kegunaan untuk masyarakat setempat ingin menggunakan kemudahan fasiliti masjid seperti Dewan Badminton, Kenduri Kahwin dan lain-lain.

pengurusan jenazah
Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan pengurusan jenazah kepada para ahli qariah masjid dan mereka yang membuat permohonan.

pengurusan perkahwinan
Bagi khariah Masjid Al-Jawahir, pihak masjid akan membantu dalam proses akad nikah untuk pasangan pengantin mengikut undang-undang syariah Malaysia dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

ibadah
Pihak Masjid mengalu-alukan sekiranya jamaah yang berhajat mengadakan Majlis tahlil/yasin dan urusan Tahniq anak serta urusan Qurban dan Aqiqah. Hubungi pihak Masjid untuk keterangan lanjut.

selamat datang ke laman web rasmi masjid al-jawahir, mutiara rini
Kata-kata aluan Pengerusi
Segala puji-pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi Masjid. Saya harap kita sama-sama mengimarahkan lagi masjid dengan menghadirkan diri untuk solat berjamaah dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak ajk masjid dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Hj. Muhammad Ridwanto Bin Syaiful Anwar
Program-program Masjid

aktiviti
Ihya Ramadan

aktiviti
PERBINCANGAN BERSAMA YAYASAN GLOBAL EHSAN RELIEF MALAYSIA

aktiviti
PROGRAM IBADAH KORBAN 1443H

aktiviti
ZIARAH MAHABBAH SMK TAMAN MUTIARA RINI
Perjumpaan diantara Guru SMK Mutiara Rini diketuai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bersama 2 Guru Panitia Pendidikan Islam manakala bagi pihak masjid diwakili oleh Hj Zulkarnain Bin Hj Ya’cob (Pengerusi MaJ) bersama jawatankuasa dan pegawai masjid.

aktiviti
MAJLIS ISRAQ MIKRAJ DAN SELAWAT NARIYAH 4444 MAJ

aktiviti
LAWATAN KERJA KE FARID GHAFFAR ARCHITECTURE & STUDIO KAIZEN

aktiviti
PROGRAM HAJI CILIK TAHUN 2022 PERSATUAN TADIKA ISLAM MALAYSIA

aktiviti
penggambaran tv alhijrah
Pengambaran ini bertujuan bagi rancangan baharu TV Al Hijirah yang diberi nama “Mehrab Mimbar” yang akan yang akan ditayangkan di kaca tv pada hujung bulan ini.

aktiviti
PENUBUHAN CIVIL DEFENCE EMERGENCY RESPONSE TEAM (CDERT) MASJID AL JAWAHIR MUTIARA RINI
Sesi Perbincangan di antara pihak masjid bersama Yang Berhormat Datuk Mastura Bt Tan Sri Dato Mohd Yazid (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri-Tugas Tugas Khas) dan PPJ. (P.A) Ghazali Bin Abd Rahman (Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) bagi penubuhan “CIVIL DEFENCE EMERGENCY RESPONSE TEAM” (CDERT) bagi Ahli Jawatankuasa, Pegawai dan Kariah Masjid Al Jawahir Mutiara Rini.
Program kerjasama
ingin bekerjasama bersama kami?
Membantu golongan asnaf penduduk setempat.
Mengadakan program di Masjid.
Mengadakan Program CSR bersama dengan pihak Masjid.
Hubungi kami
renungan bersama
KATA HIKMAH
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam
Imam Al Ghazali
kata hikmah
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Imam Al Ghazali
kata hikmah
“Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Imam Al Ghazali