Masjid Al Jawahir Mutiara Rini telah menyerahkan Pek Bantuan Aspirasi Al Jawahir Kepada Saudara Baru iaitu En Muhd Bakhtiar yang mempunyai seorang isteri dan cahaya mata yang memerlukan bantuan. Pek Aspirasi Al Jawahir ini merupakan hasil sumbangan daripada tuan puan.
Semoga Dengan Bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan. MaJ juga bersedia membantu mereka bukan sahaja dari kalangan Komuniti Skudai malahan mereka di luar sana yang memerlukan.


