Masjid Al-Jawahir

berita terkini

MASJID AL-JAWAHIR
Israk Mikraj merupakan peristiwa agung yang mengandungi pelbagai pengajaran besar bagi umat Islam.
Israk Mikraj memperlihatkan bahawa kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa mengatasi peraturan kebiasaan alam ini sehinggakan perjalanan yang kebiasaannya memakan tempoh masa sebulan pergi dan sebulan pulang hanya berlaku dalam tempoh sebahagian malam sahaja.
Firman Allah S.W.T:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya: Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Surah Al-Isra’(1)